“Infrastruktur awan AI ini akan menjadi asas kepada AI berdaulat negara dan akan menggerakkan Model Bahasa Besar (LLM) milik Malaysia sendiri, ILMU 1.0.
“NVIDIA DGX Cloud akan dilancarkan bersama ILMU 1.0, yang merupakan satu pencapaian penting yang akan memulakan pembangunan penyelesaian AI Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI pada Khamis.
Pada Mac lalu, Seok Hong berkata kumpulan itu bersedia untuk menawarkan pengkomputeran awan kecerdasan buatan (AI) yang berkuasa kepada rantau ini apabila kluster Blackwell pertama mereka mula beroperasi, dijangka pada Julai depan.
Ujar beliau, YTL Cloud, anak syarikat NCP YTL Power, akan menjadi antara penyedia perkhidmatan awan pertama di Asia Pasifik yang menggunakan platform Nvidia Blackwell Ultra.
Sementara itu, memetik laporan The Edge, Naib Presiden dan Pengurus Besar DGX Cloud di Nvidia Corp, Alexis Bjorlin mengesahkan bahawa pelaksanaan platform Nvidia Blackwell Ultra di Malaysia berjalan dengan baik.
Beliau memaklumkan bahawa DGX Cloud akan dihoskan pada infrastruktur YTL, yang merupakan rakan kongsi awan Nvidia (NCP).
Superkomputer tersebut akan ditempatkan di kemudahan pusat data seluas 1,640 ekar di Kampus Pusat Data Hijau YTL Power di Johor, yang dikuasakan oleh sumber tenaga boleh diperbaharui daripada kemudahan solar 500 megawatt (MW) di lokasi itu.
Android 16 memperkenalkan fitur Mode Desktop yang memungkinkan ponsel Android berfungsi layaknya komputer desktop saat terhubung ke monitor eksternal. Fitur ini, yang sedang dalam tahap pengujian, menawarkan pengalaman multitasking yang lebih baik dengan dukungan untuk jendela applikasi mengambang, taskbar, dan kontrol drag-and-drop. Meskipun belum dirilis secara resmi, Mode Desktop ini menunjukkan potensi besar dalam meningkatkan produktivitas pengguna Android.